Hai Assalamualaikum semua! Dah nak akhir tahun dah. Parents pun suma mesti sibuk nk prepare anak-anak sekolah. Pada minggu-minggu yang terakhir ni, Putrajaya ada mengadakan Pesta LAMPU. Tengok gambar-gambar di online mak aii cantik-cantiknya lampu lip lap lip lap. Kalau bawak budak-budak mesti seronok. Pesta ni diadakan di sepanjang jalan di hadapan Istana Kehakiman bermula dari 28th December 2018 – 31st December 2018. Alhamdullillah rumah kami pun berdekatan dengan Putrajaya maka kami pun pergilah ke sana pada Sabtu malam. Perjalanan ke Putrajaya lancar akan tetapi bila dah sampai berdekatan tempat pestanya masyaAllah jam yang amat sbb jalan ditutup. Oleh itu bagi sesiapa yang nak pergi boleh ikut jalan kearah imigresen bukan jalan yg melalui Masjid besi atau jln kearah Mcdonald tu. Nak cari parking mmg suma pun penuh. Time yg kitaorg pergi tu pun dh lewat jugak dalam pukul 9+ tapi orang ramaai nyer yang amat. Ramai tu mmg ramai tapi takde lah sesak berhimpit macam tu. Masih ok lagi. Since parking suma penuh, kami terpaksa parking tepi jalan belakang imigresen tu. Tapi kena jalan sedikit lah.
Bila sampai nampaklah ramai sgt org bawak belon lip lap yg cantik sgt mcm gambar di bawah. Harga yg bertangkai RM20 dan kalo yg jenis floating RM25. Sis tergugat sangat nk beli tapi nasib baik dapat menahan tahan nafsu membeli sbb kalo tak buat menyemak je kat rumah sis. Tapi for the fun and for taking nice picture with it why not.
Di sepanjang jalan ni ramai peniaga-peniaga menjual barangan cenderahati yang berlampu macam mainan pedang lampu, head band lampu, belon lampu, head band syaitan lampu hahaha dan bermacam-macam lagi. Kalo bawak budak-budak confirm akan terjebak beli jugak lah. #saripdol dan #ciksalmah pilih mainan lampu pedang. Siap ada bunyi-bunyi “shiang! shiang! lagi.” #cikesah nak headband lampu Minnie Mouse (so girlish). Layan kan je lah.
Selain dari itu ada juga yang menjual these colorful fiber lamps.. cantik sangat. Bila dia kelompok kan macam ni nampak menarik sangat. Sesuai utk dibuat sebagai night lamp ataupun home deco. Harga sis tak pasti sebab tak tanya pulak yang ni berapa tapi agak-agak dalam linkungan Rm20-30 laa macam tu.
Untuk pengetahuan umum, lampu disepanjang jalan ni dipadamkan tau so keadaan memang agak malap so bagi sesiapa yang bawak anak-anak tu pastikan mereka sentiasa dekat dengan anda. Sebab dengan orang yang ramai dan visibility yang kurang memang ada potential untuk kehilangan anak. Banyak jugak aktiviti yang uolls boleh enjoy dengan family kat sini macam ada beca-beca menarik yg dihias dgn lampu warna warni berbentuk kereta yang boleh disewa ataupun kalau yg tak nak mengayuh tu boleh amik beca yang ada tukang kayuh.

Selain dari itu diorang pun ada train rides, ada banyak busking performers, ada wayang kulit dan light shows utk uolls enjoy. Highlight untuk pesta lampu ni ialah persembahan lampu di Istana Kehakiman. Lampu-lampu akan diproject kan di dinding istana kehakiman dan uolls boleh je bertapak depan tu and enjoy the light show. Mcm tgk gambar wayang, dia manipulate kan lampu tu seolah-olah bangunan tu bergerak, dia jadikan bangunan tu berbentuk futuristik, bentuk robot dan bermacam-macam lagi sambil diiring dengan lagu.
Dan bagi yang kaki fotografi atau kaki selfie mmg tempat ni amat-amatlah sesuai dgn korg sbb dia cantiiiikkkk… toksah cakap banyak biar gambar berbicara.



Tapi engkorang suma kena laa bersabar untuk amik gambar ye sbb org ramai. Bagi sis dalam banyak-banyak tempat lampu, sis paling terpikat dengan light box ni. Sis pun syok sajork dalam dunia sis amik selfie. AKAN TETAPI, tak sangka laa pulak bila tengok balik gambar ada pulak mambang menyelit..hahaha…? teringat I kat pepatah english yang berbunyi;
“If you are feeling alone watch a horror movie. Because you will feel that someone is watching over you!”
Hahahahaha! ?.. Bila kala si #saripdol ni menyelit tah bila tah. Adoi lucu tol. Well in my case tak sama dengan kes tengok horror movie tu therefore i quote;
“When you are a mom, you can say goodbye to alone time. Because there will always be someone watching over you” #goodbyemetimeinthetoilet
Anyways, we spent like 2+ hours there and time nak balik pun dah pukul 1140pm dan MASIH LAGI RAMAI ORANG!! The night is still young kan. Tapi bagi kita yang bawak budak-budak diorang dah penat dah. Tapi overall we enjoy the festival and i would recommend this for everyone!
Happy New Year guys!!